SAMBUNGAN 2 : REVIEW PENCUCI MUKA YANG AKU PERNAH PAKAI (2019)

hai youlls sorry noh, aku dah lama tak update. takdan la busy sikit hewhew. masa aku update dulu tu pun aku bosan masa dekat tempat intern. keja yg SV bagi,  aku siapkan cepat2, boleh rileks lama hahahahhaha. okey dah dah, kita buat sambungan kedua pulak hihi

Sebelum ni post aku , last pencuci muka yang aku pakai adalah HIMALAYA kan? tau dak pasaipa aku tukaq, sebab cleanser himalaya dah macam tak jadi apa dekat mukaa aku pastu rasa oily, rasa muka ni immune ja, bukan himalaya ja cosmoderm pon, sebab lepaihtu aku tukaq balik p cosmoderm still tadak perubahan taktau la pasaipa, ada kaitan dengan hormon kot nooo.  Yaa wei, jadi macam tak function so sebabtu aku tukaq hat lain pulak ni. Ya ini lah pencuci muka yang terakhir, setahun lebih dah pakai. heheheee


Pencuci muka yang ke 20 >  GARDEN OF EDEN



Haaaaa hat ni paling last aku pakai memang aku dah tak larat wei tukaq pencuci muka hahahah. Sumpah tak larat. Hat ni hampa boleh p cari dekat Guardian atau Farmasi atau Aeon Wellness tu. Watson tadak naaa. Harga dalam rm20, tak ingat la harga sebetoinya tapi macamtu la. Hehe sebab aku dok beli time ada sale ja, time sale aku rembat la dalam dua tiga ka hewhewww. Hala bagi aku mahai laaaa hahahaha tapi okey sangat.

Tekstur dia sejenis liquid, eh mestilah ahaha dan yang aku suka dia tak berbuih sangat. Memang elok ja dekat muka aku yang oily ni, dan dia tak mengeringkan kulit tau. Bagi aku memang A++ lah dahtu local produk kot, tak sangka dan i sangat impressssss hihihi. nak habaq lah kan, garden of eden ni aku pakai try jaaaaaaa tanpa ada hasutan mahupun baca review dari mana mana pihak ahahahah.



Okay lah aku tunjuk kat hampa apa yang aku pakai sekarang :



TONER (GARDEN OF EDEN) 

Sebenarnya botoi dia besaq, aku ni malas nak heret merata botoii hok besaq nu soo aku transfer dia dalam botoi kecik ni hihiii. okay bagi aku toner yang elok adalah SAFI, COSMODERM DAN GARDEN OF EDEN . Tiga tu jela aku dok tukaq2 , kalau tadak duit beli toner safi jelah HAHAHAHH. aduihhh sorry aku mudah terhibur. Lepas hampa spray, dab dab ka ikut suka la nak apply macamana, hampa tepuk sikit muka tu bagi dia resap, tepuk pelan pelan tau haha. Tekstur dia tu yela ayaq kan, pastu tak melekit , dan segaq muka ni. Kita ni muka jenih ada pori hat besaq2 tu, memang WAJIB apply toner dekat muka. Sebab fungsi dia untuk kecikkan lubang pori kat muka ni.

Sumber google:

Fungsi pori-pori pada kulit adalah mengeluarkan keringat dan racun dari dalam tubuh. Namun, ukuran pori-pori yang cukup besar tidak berarti baik untuk kesehatan Anda. Hal tersebut justru menjadi tempat penumpukan kotoran, debu, sisa kosmetik, hingga bakteri, yang berisiko menimbulkan masalah kulit.

Sebabtu toner sangatla penting tau, lepas cuci muka bagi kering sat then boh la toner.


  





PELEMBAP (COSMODERM)

Yang ni pon sama, penting jugak. sebab dia nak balancekan muka kita jangan minyak sangat dan jangan kering sangat. Sebelum ni aku pernah pakai Day Cream Garden of Eden akan tetapi tak selesa sangat, dia tak lembapkan muka aku. so aku prefer Cosmoderm hehehee. Mahai tau Day Cream eden tu rm40 tak salah aku, haihh hahahah  (aku punya dah habih) 

sumber google (aku punya dah habih , tauk buang dah haha)






SUNBLOCK/SUNSCREEN (SUNPLAY)

Okay , ramai kata tak penting sangat sunblock apa semua ni, no no no benda ni lah penting dalam penjagaan muka suapaya muka kita tak nampak tua , garisan garisan kat muka tu kurang, dan benda ni penting la hang tengok la hangat tera mana la ni macam aku dekat Perlis, peh hangat haw haw wei. Dok la dalam setengah jam kat luaq nu, merelik muka hahahahahaa. benda ni penting untuk melindungkan muka kita dari sunburn. Bukan muka ja, tangan , kaki apa semua lah hihi. Natang ni mahai tau, aku beli kalau guardian atau watson ada sale ja hahahaha. dekat Metholathum Shopee pon dok buat sale. 

Tekstur dia watery, cayaq dan kalau pakai tu dia macam ada effect putih sikit la hehe tapi untuk muka aku yang oily ni okay wei okayyyy. Pengalaman aku pakai masa p Pangkoq dulu dok berjemoq dok mandi laut, memanggggggg terbaik. Muka aku tak oily, tak sunburn

Penggunaan dia hampa kena boh dekat tapak tangan sebesaq 20 sen, yeah benda ni memang kena boh banyak, bukan nipis nipis naaa. untuk tahan lama dalam 8 Jam. lepas pada tu kena reaappply lain. hihihiii 






KONJAC SPONGE ( aku beli dekat DAISO)

jeng jeng dalam tak sedaq , benda ni macam ni la kita terlepas pandang. span ni bukan nak katala elok wei elok sangat, dia buang daki kat muka ni , lepaihtu rasa smooth ja kulit muka. Hihih eh dekat shoppee pon adaaaa.





TONER UNTUK JERAWAT BESAQ (TOPICIL) 

Okay la kengkawan , untuk kaum hawa ni , bila tiba bulan depa HAHA over la sikit jerawat pon. Topicil yang aku pakai ni dia tak kuat macam Dalacin T tau. Okay la bagi aku, dan murah sikit. HIHIHIHIHI. Kalau hat ada jerawat besaq tu boleh la hampa dab sikit dekat jerawat tau. Insyaallah dalam 2 3 hari hilang laaaa.



MASK FREEMAN

Mask yang aku suka pakai , suka untuk buat skrub. Bijik2 dia tu tak sebesaq St.Ives. Mask ni ada apple cider dimana bagus untuk kulit yang ada jerawat. Kulit normal pon boleh pakai sebab dia untuk semua jenis kulit. bukan boleh buat mask je tau boleh jugak untuk skrub muka


sumber google (aku punya dah habih , tauk buang dah haha)

Image result for MASK FREEMAN


Okay la hampa, setakat ni ja aku kongsi kan apa yang aku pakai. eh lupa aku ada nak tunjuk muka aku yang dulu heheh jeng jeng jeng




THROWBACK




time ni aku tak ingat taun bila tapi Mashaallah, jerawat tu suboq gilaaa habaq hang. apa yang aku habaq ni dekat hampa adalah produk yang sesuai dengan muka aku, pengalaman aku try macam macam produk.

kalau hampa nak try , boleh jer tapi ingat ek dia ikut kesesuaian kulit muka memasing, jangan dok mai komplen dekat aku pasepa hampa pakai tak elok nooohh. piap satgi hahahhaha

untuk kulit muka yang agak teruk, biji besaq banyak tu aku suggest kan hampa p klinik . Sebagai contoh aku dok tengok klinik aesthetic tu sangat elok. Dekat ig ada satu ni aku tak ingat la nama apa pesona aesthetic kot, ada artis dok p buat dekat depa. Heloqqqqq wei.











SEKARANG

hihihi ni la muka aku sekarang weeee bahagia. sebab jerawat tak macam dulu. parut jerawat tu still ada tak boleh nak buat apa huhuu.

pesanan aku, banyak makan buah buahan , buah oren ka sebab ada vitamin c.

sumber google:

Vitamin C merupakan zat yang paling sering digunakan sebagai campuran bahan dasar aktif daripada produk perawatan wajah. Beberapa istilah yang sering digunakan adalah L-Ascorbic Acid, Ascorbyl Palmitate, atau Magnesium Ascorbyl Phosphate. Salah satu alasannya, vitamin C memiliki kandungan antioksidan yang sangat tinggi.
Selain itu, jenis buah ini mampu membantu tubuh menghasilkan kolagen untuk memperkuatkan pembuluh darah kapiler sebagai saluran nutrisi kulit. Beberapa jenis makanan yang kaya vitamin C adalah: anggur, blueberry, jambu, kiwi, lemon,betik, strawberi dan ubi.Antioksidan seperti vitamin C, E dan beta-karoten dapat mengurangi peradangan dan jerawat. Selain itu, vitamin C juga mampu melindungi kulit daripada efek buruk sinaran matahari.
kalau rasa tak sempat nak beli buah spare la vit C hat dok sedia ada tu macam aku makan Redoxon. Yang dekat kedai tu apa blackmores ka cebion dan yang seangkatan dengannya hahaha. aku tak pro pasai benda ni. hihi pandai2 hampa lah eheheee. Tapi doktor pesan jenis tablet ni jangan makan selalu yela dalam sehari boleh ambi 75gram ja. Yang dalam tablet 1000gram wei. so selang selang la hhihihi. 
PESANAN TERAKHIR:
pendapat aku dan dari segi pemerhatian aku la, jangan kerap pakai makeup, makeup pon jangan terlalu tebal sebabtu jerawat ni susah nak hilang. kurangkan tau hihihii orang kata bagi kulit muka ni bernapas sikit ui.
bantal, tuala muka, benda benda camtu kena rajin basuh, span muka, span makeup tu kena la jaga. jangan guna sampai sebulan pulak hahahaha
ooookay la kawan kawan sekalian, aku rasa tamat sudah cerita pasai cuci muka ni hahaha oh btw aku dalam perancangan  nak guna serum pulak lepasni. nanti aku update k. macam biasa sorry kalau rasa tak selesa dengan cara aku cakap, dan cara aku tulis nooo. apa yang aku tulis ni sebijik apa yang aku dok cakap hari hari . suka gelak tengah2 cakap XD kalau perasan tengah2 ayat pon aku suka letak hihi atau haha kannnn. 
oK bye bye tata titi tutu XD . Thanks Sudi Baca!






Ulasan

  1. macam biasa kalau ada soalan nak tanya, tanya la tapi aku ni lambat sikit nak reply hahaha tq

    BalasPadam
  2. taun ni kan aku makin debab la hahahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

REVIEW PENCUCI MUKA YANG AKU PERNAH PAKAI